Alhamdulillah,saya selamat tiba dirumah pakcik saya kira-kira jam 04 petang setelah semalaman saya berada di Maahad yang banyak mentarbiyah diri saya yang kerdil ini di Darul Quran kuala kubu.Sudah lama menyimpan hajat untuk ke sana tetapi Allah belum mengizinkan suatu ketika dahulu.
28 OKT 09
Saya mengemas barang-barang untuk disimpan di store memandangkan permohonan untuk checkout dari marhallah diluluskan oleh principal.Selesai mengemas barang-barang kira-kira jam 3 petang,saya menanti asar seketika untuk menunaikan solat sebelum meninggalkan kampus uia Pj.Hasrat ke DQ terpaksa saya batalkan pada petang ini,khuatir jika saya sampai sudah larut malam.Saya mengubah plan menuju ke rumah abang di kuartes utm semarak.Kerapkali saya bertandang ke rumah angah sejak kehadiran Fateh Qaiyum,si kecil kesayangan saya.Saya terhibur dengan telatah qaiyum tambahan pula si kecil ini sangat comel.Pasti saya akan merindui Qaiyum selepas keberangkatan saya ke tanah suci nanti.
29 okt
Menaiki ktm menuju ke rawang.Setibanya disana,saya ke stesen bas untuk ke DQ.Alhamdulillah,sampai juga saya dibumi ini setelah hampir 1 tahun lebih tidak menjejakkan kaki.Bertemu adik-beradik usrah diploma ikhwah disana.Saya bermalam dibilik angah.Tidak banyak yang berubah disini.Petang selepas asar,angah meluangkan masa bersama saya bersiar-siar di sekitar tasik Huffaz yang amat saya rindui.Tasik inilah penenang minda saya tatkala saya gelisah dan jua tempat saya menghabiskan masa untuk menghafal Al-Quran suatu ketika dulu.Malam pula saya menghabiskan masa di masjid.Melihat adik-adik menghafal teringat zaman ketika saya belajar disini.Saya rasakan diberi peluang menghafal dan belajar di DQ pada masa dahulu merupakan saat paling manis bagi saya.Namun,selepas ini mungkin ianya menjadi kenangan kedua paling manis bagi saya.Insyaallah,mudah-mudahan perjalanan menunaikan haji merupakan kenangan paling manis dalam hidup saya.
30 okt
Saya bersiap-siap mengikuti angah ke kuliah untuk bertemu insan yang paling saya sayangi,ustazah nazatturaha pensyarah tasmik saya.Ustazah menawarkan diri untuk menghantar saya ke stesen ktm kuala kubu bharu.Rasa terubat rindu pada ustazah kesayangan saya ini.Alhamdulillah,timbul semangat untuk mencontohi keperibadian ustazah.Insyaallah,mudah-mudahan Allah memperkenankan.Amin.
31 okt
Pulang ke rumah.
1 nov 09
Majlis doa selamat bersempena keberangkatan ke tanah suci
SEMUA DIJEMPUT HADIR di kediaman saya,no.16a,kg changgang kuala johol,73100 johol,negeri sembilan.
6 nov 09
selepas isyak berangkat untuk bermalam di klana jaya.
7 nov 09
6.35 am
check in sebelum berangkat ke tanah suci di klana jaya.
30 dis 09
Berangkat pulang ke malaysia
31 dis 09
12.35pm tiba di KLIA.
iNSYAALLAH,doakan keselamatan kami serta semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami ya? syukran.jazakillah..sehingga bertemu lagi dengan izin Allah.
bermula 31 okt saya tidak berkesempatan untuk melayari internet kerana di rumah tidak ada talian internet.Maklum sajalah kiri kanan bukit..








0 comments:
Post a Comment